Monday, April 18, 2011

BaBi DaN KerEngGA

Penah dengar x citer napew babi hidung kemek dan kerengga pinggang slim???hahahha....meh cek nak habaq....neyh orang la cite, so aku juz sampaikan..saje share2.....mcm neyh...
Pada suatu hari, ada seekor babi sedang kejar seorang budak....then budak 2 pon lari la....smpai dkt pokok, dia membelok dan babi 2 terlanggar pokok 2, maka kemek la hidung babi 2....kebetulan pulak, kt atas pokok 2 ada kerengga...kerengga 2 tengah ukur pinggang nk bt baju...then masa babi 2 langgar pokok 2, kerengga 2 terkejut dan tercekik pinggangnye sendiri...sbb 2 la kerengga jd slim...2 jela nk gtaw....hahaha...

Friday, April 8, 2011

CIntA.....CiNTa??

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kepada apa-apa yg diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, sawah dan ladang. Itulah kenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yg baik (syurga)".
(Ali Imran:14)

Cinta adalah anugerah Allah yg mungkin menjadi indah atau sebaliknya tetapi susah untuk mendapat "cinta" kerana ia tidak datang dengan senang kerana zaman sekarang sering bertukar-tukar pasangan. Setiap kali bersama pasangan cakap "saya cinta awak"..then bila tukar pasangan lain still ckp benda sama...adakah itu cinta???cinta hanya datang sekali dan bila kita cintakan seseorang itu kita akan rasa ingin memilikinya untuk selamanya dan akan berusaha mendapatknnya..kita akn membimbingnya ke jalan Allah..itulah sebenarnya cinta dan bukan senang untuk peroleh rasa cinta itu..

Bagaiman Islam Memandang Cinta??

Islam memandang cinta sebagai sesuatu yg biasa dan sederhana. Islam adalah agama fitrah sedangkan cinta itusendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yg tumbuh di hati manusia tetapi Islam tidak pula melarang seseorang itu untuk dicintai dan mencintai bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.

"Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya".
 (Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Tarmidzy)

Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk bercinta. Mereka juga tidak dilarang untuk jatuh cinta. Hanya Islam menyediakan penyaluran untuk cinta melalui perkahwinan.

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa cinta dan kasih sayang...."
(Ar-Ruum:21)

ayat diatas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah menikah).

Bolehkah Jatuh Cinta??

Adakah cinta itu dibolehkan??boleh, kenapa pula tidak??
Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yg manusiawi yg bersumber dari fitrah yg diciptakan Allah di dlm jiwa manusia. perasaan itu adalah cenderung kepada berlainan jantinanya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.

sebagaimana firman Allah:
"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu ister-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berfikir".
(Ar Rum:21)

Cinta bukanlah sesuatu yg kotor kerana kekotoran dan kesucian bergantung kepada bingkainya, Ada bingkai yg suci dan halal dan ada bingkai yg kotor dan haram. Bila bingkainya sesuai dengan syaria maka cinta itu halal tetapi bila bingkainya percintaan adalah kecurangan dan penzinaan maka cinta itu terlarang. Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan di samping mengan dungi persiapan untuk menempuh kehidupan di kala suka dan duka, lapang dan sempit.
Islam adalah agama fitrah kerana itulah Islam tidak membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yg mekar oada diri seorang manusia tetapi Islam mengajarkan kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saj yg mengotorinya. Contohnya cinta seorang suami kepada isterinya. Melalui perkahwinan ini, seseorang itu dapat menahan mata dan hati dari melihat yg lain iaitu yg tidak seharusnya dilihat.

Carilah cinta anda dan kenali cinta anda. Ia mungkin sudah dekat atau sudah terlepas dari anda atau ia sedang berada dalam hidup anda. Mungkin anda tidak sedar akan kehadirannya.
Dekatilah cinta anda dan jauhi zina....Sekian.............